Photobucket width= Photobucket Photobucket photobucket



Sunday, July 1, 2012

0
Komen
Bayi 3 Bbulan di dera pengasuh...Ya Allah..tetiba teringat kat anak yg ditinggalkan bersama pengasuh..




hari tu terbaca dan tengok video yang anak anak di balut kemas dengan kain dan di salotap kan puting ..yang tu pun dah sedih tengok..inikan pulak yang patah kaki tangan..kenapa dah takada hati dan perasaan..kalau tak nak mengasuh sbb serabut bila bayi menangis..jangan jadi pengasuh..kesian baby tu..dah la kecik..sakit tak tahu nak mengadu macamana..nangis jer yang mampu..

aduhh ni yang nak kena gi tengok selalu anak kat mengasuh ni...pening kepala jadinya..kalau tak hantar kat pengasuh..susah pulak..sape nak jaga..anak anak kecik..kita pulak keje..suami pun keje..nak letak kat mama atau umi..tak tergamak lak..adui..kalau perkara begini terjadi kepada anak anak MT..MT saman pengasuh tu..kite jentik pun tak pernah..dia suka hati tak bertanggungjawab nak buat anak kita camtu...

eeeeeeeeeeeeee
gerammnyerrrrrrrrrrrrrr

jom kita baca kisah adik ni..


"PASIR GUDANG: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Taman Bukit Dahlia di sini, Jumaat lalu.

Kecederaan mangsa, Muhammad Zafran Anaqi Muhammad Razali atau Zafran dikesan bapanya, Muhammad Razali Hamzah, 32, ketika membawanya keluar dari rumah pengasuh yang juga jirannya kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Muhammad Razali yang juga warden Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Johor Bahru berkata, dia bersama isteri, Salmah Aya, 31, seorang guru, pada mulanya cuba memujuk Zafran selepas bayinya itu tidak berhenti menangis selama hampir sejam."


Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IkLaN HaRi iNi