Photobucket width= Photobucket Photobucket photobucket



Monday, November 19, 2012

2
Komen
Menyusukan Bayi Dengan Eksklusif Boleh Membantu Menjarakkan Kehamilan... :)


Allah memang maha berkuasa dan maha mengetahui..sesungguhnya apa yang dijadikannya amat menakjubkan dan penuh dengan hikmah....cecair yang bewarna putih jernih yang mengalir dalam tubuh ibu menjadi makanan yang penuh khasiat kepada bayi..Subhanallah..banyak penyakit dapat dielakkan sekiranya kita menyusukan bayi dengan susu badan..sebab itu islam menggalakkan kita menyusukan anak sehingga bayi berusia 2 tahun..alhamdullilah baby airis dah berumur setahun 5 bulan dan airis masih lagi menyusukan baby airis tu...
cuma sepanjang tempoh airis menyusu, airis tidak didatangi haid..airis jadi pelik dan pening..Suami sibuk suruh tanya sana tanya sini tentang airis lewat datang haid..dia takut airis ada masalah kesihatan..puas dia ajak airis gi klinik…tapi airis buat derkk jer..sebab?sebab pernah staff cakap kalau menyusu badan kepada baby sepenuhnya..haid tak akan datang..tu yg cool..jer..tapi bila asyik didesak suami..yang cool jadi hot..hot n spicy lagi…huhuhu jadi rungsing..airis mencari artikel berkaitan situasi airis..dan apa yang airis temui amat menarik..rupa-rupanya apa yang selami ini airis praktikkan adalah salah satu cara menjarakkan kehamilan…hehehe masa lahirkan alya..doktor siap membebel suruh ambik pil atau suntikan…hehehe tak berani den..serah kepada Allah S.W.T..andai Allah ingin memberi rezeki..airis terima..tp buat masa ni tak larat nak mengejar si alya yg makin laju berlari ke sana ke mari dengan kakaknya…huhuu
jom kita baca artikel yang airis jumpa tulisan dari Dr. Zuabidi Hj Ahmad…
selamat beramal…cewahhh


SITUASI PESAKIT BERJUMPA DENGAN DR ZUBARDI

“Puan Hamidah, 26 tahun baru saja melahirkan anak 5 bulan yang lalu. Dia datang ke klinik kerana batuk dan selsema. Sebelum saya memberikannya preskripsi ubat, saya bertanyakan kitaran haidsnya. Beliau memberitahu dia belum lagi kedatangan darah haids kerana menyusukan bayinya. Setelah saya mendesak untuk melakukan ujian kehamilan, beliau melalukannya dan mendapati ianya positif.
Dia kehairanan dan menyangka selama ini dia tidak hamil kerana menyusukan bayinya. Rupanya dia hamil walaupun kitaran haids belum datang semula.
Bukankah kita selalu mendengar kenyataan ”Menyusukan anak boleh menjarakkan kehamilan”? Adakah ianya suatu kenyataan benar atau kenyataan yang dusta?”
Ramai para ibu yang keliru dan menyangka bahawa:
Kepercayaan #1
– Menyusukan anak boleh mencegah kehamilan.
Kepercayaan #2
– Asalkan menyusukan anak, tidak kira berapa kali dan berapa banyak jumlah susuannya, kaedah ini akan menghalang kehamilan.
Satu perkara yang harus difikirkan ialah teknik penyusuan itu. Ramai yang menyusukan bayi mereka, namun pernahkah mereka terfikir cara penyusuan yang betul? Jika cara penyusuan yang dilakukan tidak sempurna, maka manfaat menjarakkan kehamilan tentu tidak dapat dinikmati.

 

Teknik PENYUSUAN YANG betul boleh menjarakkan kehamilan

Situasi di mana seseorang ibu menggunakan kaedah menyusukan anak, iaitu hanya dengan susu badannya sendiri (breastfeeding) tanpa menggunakan alat atau ubatan pencegah kehamilan yang lain, dikenali sebagai Lactational Amenorrhea Method (LAM).
Ia merujuk kepada suatu jangkamasa ketidaksuburan bagi wanita yang baru melahirkan anak apabila wanita itu masih lagi tidak kedatangan kitaran haids dan menyusukan anaknya dengan susu ibu.
Keberkesanannya dikatakan sebanyak 98-99.5% jika memenuhi beberapa criteria:
  1. Bayi yang dilahirkan berusia enam bulan ke bawah.
  2. Ibu masih belum kedatangan kitaran haids lagi.
  3. Ibu menyusukan anaknya secara eksklusif. 

Keberkesanan Menggunakan Pelbagai cara Pencegah Kehamilan
Nombor kehamilan dalam 100 Wanita
Cara
Penggunaan yang betul
Penggunaan yang biasa
LAM
0.5
2.0
Mirena® IUD
0.1
0.1
Suntikan Depo-Provera®
0.3
3.0
Pill perancang
0.3
8.0
Kondom
2.0
15.0
Diaphragm (wanita)
6.0
16.0
* Diubah suai dari info di plannedparenthood.org.
Dari carta di atas menunjukkan bahawa jika seorang wanita menggunakan penyusuan anak secarabreastfeeding LAM, risiko untuk hamil adalah 5 orang dari 1000 wanita, berbanding dengan teknik menggunakan kondom seramai 20 orang.
Namun jika ibu menyusukan bayinya secara breastfeeding tetapi tidak dengan cara yang sempurna, risiko kehamilan adalah 20 orang dari 1000 wanita berbanding dengan 150 yang memakai kondom dan 80 yang memakai pil perancang kehamilan.
Jadi teknik/cara penyusuan breastfeeding yang betul akan membantu menjarakkan anak secara semulajadi.

Bagaimana cara yang betul?


Cara ini sebenarnya hanya berkesan jika tempoh selepas kelahiran adalah kurang enam bulan, ibu itu belum datang haids dan anaknya diberikan susu ibu secara eksklusif. Ini mengelakkan ibu mengalami kehamilan sebaik saja habis tempoh pantang (partum).
Bagi ibu yang ingin hamil lagi dan menyusunkan anaknya serentak, jangan risau. Kaedah semulaji adalah kaedah yang selamat dan berbentuk sementara. Selepas enam bulan dari tarikh kelahiran anak, selalunya wanita itu akan kedatangan haids dan ianya dikira subur semula.
Namun begitu, masa untuk menjadi subur semula berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Ia bergantung bagaimana hormon seorang wanita bertindak semasa seorang ibu menjaga (nursing) dan menyusukan anaknya. Semakin kerap menyusukan anaknya dalam sehari, maka semakin berkesanlah cara ini digunakan.
Satu kajian menunjukkan bahawa ibu yang dipisahkan dari anak yang baru dilahirkan (walaupun anaknya diberikan 100% susu ibu dari ibunya) selama enam bulan mempunyai kadar risiko kehamilan sebanyak 5.2% sepanjang enam bulan pertama.
Penyusuan yang membantu menjarakkan kehamilan ialah bersifat ekologi (ecological breastfeeding) iaitu:
  • mendakap anak dengan lebih rapat
  • menyusukan bayi sekerap yang mungkin.
  • berikan susu badan sahaja
  • menyusukan anak dengan posisi berbaring.
  • tidak memberikan pacificer (puting plastik)
Image
Dengan cara ini, manfaat menjarakkan kehamilan dapat dirasakan:
  • risiko untuk hamil adalah zero dalam masa tiga bulan pertama, kurang dari 2% antara 3 dan 6 bulan, sebanyak 6% selepas 6 bulan (dengan syarat kitaran haids belum datang).
  • secara purata kitaran haids akan datang selepas 14.6 bulan dari tempoh tarikh kelahiran.
  • Walaupun si ibu telah kedatangan haidsnya, namun ia akan mengalami kelewatan kesuburan untuk beberapa kitaran.
Sumber: Natural Child Spacing and Breastfeeding” oleh Jen O’Quinn
Kebanyakan wanita menjadi tidak subur sehingga kedatangan kitaran haids pertama. Kitaran pertama ini sebagai ‘tanda peringatan’, bermakna seseorang wanita akan boleh hamil selepas itu.
Masa yang diambil oleh seorang ibu untuk mendapatkan semula kesuburannya berbeza antara satu wanita dengan wanita yang lain. Ia bergantung kepada keadaan yang dialami oleh kalenjar ovari. (Ellison 1996, p. 326-327).
Seorang wanita yang menyusukan anak, walaupun belum kedatangan darah haids, mungkin mengadu sakit perut seperti senggugut, di mana ia berlaku apabila rahem wanita itu sedang ‘bersedia’ untuk menerima kedatangan kitaran haids semula.

Perlukah menghentikan penyusuan ibu untuk hamil semula?

Sesetengah ibu sukar untuk hamil semasa menyusukan anak, namun ianya sesuatu yang biasa. Tidak ada sebab untuk seorang wanita untuk menghentikan penyusuan hanya kerana mahu hamil semula.
Penyusuan bayi hanya menggangu kesuburan buat sementara. Ketidaksuburan dan kesukaran untuk hamil adalah disebabkan ’masa peralihan’. Selepas enam bulan dari tarikh kelahiran, peluang untuk hamil semula bertambah tinggi walaupun menyusukan anaknya.
Namun bagi wanita yang subur dengan cepat, mereka mungkin hamil walaupun masih lagi dalam tempoh enam bulan selepas kelahiran. Setiap ibu mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Oleh itu jika seorang wanita mahu menjarakkan kehamilan dalam masa enam bulan selepas kelahiran, maka hendaklah meluangkan masa menyusu (breastfeeding) dan menjaga bayi (nursing) sekerap yang mungkin dengan cara ecological breasfeeding yang telah diterangkan. Ini akan mengurangkan risiko untuk hamil dalam tempoh enam bulan yang pertama selepas kelahiran.
Wa allahu a’lam.


Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (021110)
PSST:Tak perlu runsing lagi selepas membaca artikel ni…alya memang waktu malam disusukan dalam posisi berbaring….:)


Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IkLaN HaRi iNi