Photobucket width= Photobucket Photobucket photobucket



Sunday, November 18, 2012

9
Komen
Kerja Swasta Vs Kerja Kerajaan...erm...




       VS     

 salam semua..mesti adik adik kakak kakak abang abang yang habis spm, habis degree tengah cari kerja kan...nak keje dalam bidang apa yer? keje ngan swasta ker..keje kerajaan? ke keje sendiri lagi masyuuuukkkkkkkkk...

hehe..hari ni airis nak kongsi pengalaman airis..which one is better.. keje kerajaan ke ..keje swasta.. :)

airis? airis sekarang ni keje kerajaan..tapi sebelum ni..airis keje swasta dulu... husband airis keje sendiri...

bagi airis..untuk memilih jalan hidup kita..terutamanya dari aspek kerjaya..kita kena faham diri kita sendiri dahulu...peribadi kita..jati diri kita..kena tahu minat kita..baru kita boleh buat pilihan yg bijak..baru kita tak tension keje nanti...tul tak?

Pengalaman airis keje swasta

ok..airis habis degree 2005..then terus buat master..habis master 2007.. sambil buat master airis keje sebagai software engineer kat sektor swasta..best..selain gaji yg masyuk...dapat kete pejabat..duk pun rumah yang pejabat bagi....hehe bagi pinjam la..kalau berhenti kena bagi balik..jadi yg bestnya..tak yah pening kepala nak bayar duit kereta..duit rumah..gaji mmg bersih punya..cuma keje tak menentula..time nak sampai due date..ambik ko..mata dah macam mata panda dah..siap pakat bawah baju sejuk selimut n bantal kat office..hehehe..tu yang tak bestnya..


lagi satu yang best keje swasta ni..kalau kita gi interview job lain..kira kita dah ada pengalaman..kita leh demand gaji..kalau majikan tu nak kat kita..mesti dia sanggup la..pernah ada member sekelas ngan airis dulu..umur sebaya..gaji RM5000.. mak ai...masa tu umur baru 25..tanya dia..keje apa? sama jer keje kitorang..cuma dia suka tukar keje..setahun kat office tu..setahun kat office ni..so..dalam resume akan tulis banyak tempat dia keje..itu dianggap pengalaman..dan dia demand gaji RM5000..dah tempat keje baru dia tu sanggup bayar...waaahhh bahagianya hidup....hehehe tapi depend pada majikan tu la..ada company yang tak stabil..so gaji ada yang di bayar penuh..ada yang tertunggak..berbulan..bulan...kalau dah cam gitu..buat apa tunggu lagi..cabut la...hehehe tapi ada gak yang company dah stabil..hujung tahun siap dapat bonus berbulan bulan..cam keje bank..TNB ..kalau bonus...berbulan bulan..

Pengalaman airis keje kerajaan

ok..habis jer master..airis apply keje kerajaan..rezeki Allah nak bagi kat airis..sekali dapat 3 terus..time menganggur dulu..susah betul nak dapat keje..duit banyak habis gi interview jer..
berkat kesabaran dan doa kedua ibu bapa airs..alhamdullilah airis berada di tempat airis sekarang ni..arwah ayah airis keje kerajaan..so dia nak anak anak dia pun keje kerajaan..terjamin katanya..dan 4 orang adik beradik airis dah keje kerajaan..sorang keje swasta..dua lagi masih belajar..

kerje kerajaan memang terjamin..sebab ada pencen, elaun itu..elaun ini..keje 8-5pm balik rumah..airis tinggalkan masalah keje di tempat keje..jangan sesekali bawa balik keje di rumah..masa di rumah adalah untuk anak anak dan suami...baru la hidup ini lengkap..hehehe

cuma sekarang ni semua nak cepat la..keje kerajaan pun dah ada due date gak..kena tepati masa..inovasi...trasformasi...dan macam macam lagi..kalau pencen..dapat duit pencen seumur hidup..dapat duit ganti cuti rehat bagi sesapa yang tak suka bekerja dan tak suka cuti..jadi simpanlah cuti ke GCR..nanti dapat duit..macam macam lagi la..paling best..cuti bersalain la..hehe..cuti 3 bulan gaji on..rasa cam nak bersalin tiap tiap tahun jer..hahahaha sanggup ker...tak larat la..tapi kalau allah nak bagi..airis terima jer..anak itukan anugerah Allah..

cuma gaji kakitangan kerajaan ni kecil la kalau nak banding dengan businessman ker..keje swasta yang leh demand gaji ker..cuma dia banyak faedah lain...


ok..yang airis jumpa kat internet..dari segi kelemahan..mungkin betul..dan mungkin tidak..sebab ia adalah pandangan individu sahaja..jadi..kita kena nilaikan sendiri..

Kerja Kerajaan
Kerja Swasta
Kebaikan
Kelemahan
Kebaikan
Kelemahan
  • Elaun perumahan/ Cost of living allowance (COLA)/Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
  • Kenaikan gaji setiap tahun
  • Kemudahan pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan/ Cuti bersalin
  • Caruman KWSP atau pencen
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  • Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
  • Kestabilan ekonomi sendiri
  • Potensi dibuang kerja amat tipis
  • Kerja yang lebih tenang dan selesa

  • Peperiksaan diperlukan bagi melengkapkan syarat2 pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat
  • Mutu kerja tidak terlalu dipandang untuk menjamin kenaikan pangkat
  • Persaingan yang yang tinggi untuk mendapatkan jawatan kerajaan tetapi persaingan mutu kerja rendah
  • Gaji pokok yang kecil
  • Sesetengah jabatan masih belum mengaplikasikan kecanggihan ICT dalam pengurusan kerja
  • Posting jauh dari tempat tinggal

  • Mutu kerja diutamakan dalam setiap perkara
  • Elaun yang lebih tinggi diberi mengikut kelayakan/keuntungan syarikat
  • Gaji pokok yang tinggi
  • Berorientasikan keuntungan syarikat
  • Cuti tahunan, cuti bersalin, cuti perkahwinan
  • Rawatan perubatan di klinik dan hospital swasta yang lebih selesa  di mengikut kelayakan
  • Suasana kerja yang lebih efisyen dengan menggunakan kecanggihan ICT
  • Ruang kerja yang kondusif

  • Potensi dibuang kerja tinggi
  • Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja
  • Masa depan tidak terjamin
  • Boleh pilih kerja

Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

9 comments:

  1. tengah berfikir2 nak tukar kerja kerajaan ke swasta. adakah berbaloi..? jhmmm

    ReplyDelete
  2. salam...saya nk tnya akak??..akak buat master sambil keje ke???..

    ReplyDelete
  3. Kerja kerajaan ni gaji memang kecil tapi terjamin sebab risiko nak kena buang sangat rendah. Berbanding swasta yang boleh buang bila2 masa, tambah lak kalau ekonomi down.
    Tapi apa yang paling menarik pada saya ialah skim pencen yang mana selepas kita bersara, pendapatan kita masih terjamin. Tak payah nak harap pada anak2. Berbeza dengan skim KWSP dalam private, duit 10juta pun boleh habis dalam beberapa tahun, bila dah habis, nak makan apa. Kalau pandai mengurus duit oklah, tapi ramai yang tak pandai dari yang pandai. Saya tengok orang yang dapat keluar KWSP, masa tu lah saudara jauh jadi rapat, bila dah xde duit, semua jauh. Dalam skim pencen juga ada bayaran selambak dinamakan gratuiti. Bolehlah kan. Lepas pencen, dapatlah dalam RM80-150k.. pastu tiap bulan makan pencen. Bayaran pencen ni gak menjamin masa depan waris kita, kalau kita mati, isteri kita dapat bayaran pencen tu. Anak2 tanggungan kita pun terjamin.
    Tapi soal tinggalkan kerja kat opis tu saya tak berapa setuju. Kalau dalam bidang ICT mungkin le boleh tinggal kerja kat opis. Tapio kalau bidang lain, kadang2 kerja gomen ni pun kena bawa kerja balik ke rumah juga. Yang cuti macam tak cuti pun ada. :)

    ReplyDelete
  4. Akak airis, nak tanya
    Kalau nak ambik praktikal, mana satu lebih baik?
    Governement or swasta

    ReplyDelete
  5. adik,,ayakaishi ayasy m,,better tgk company..praktikal kat mane pun xkesah..kalu stakat pkatikal xbawa ape2 faedah,misalny kawan akak praktikal kt company kecil,,hari2 dok saje, bila nak keje mula la ternganga..yg penting kualiti dan pengalaman keje.

    ReplyDelete
  6. Saya bekas pekerja swasta. Mmg kelebihan swasta tu ikut performance syarikat.

    ReplyDelete
  7. tak tahu la mana best sbb saya kerja swasta dan tak terfikir pun teringin nak masuk gov.

    ReplyDelete
  8. Buat masa ni sya hanya kje swasta je... ade trpk nk kje kerajaan tapi tu mcm di katalah maybe jauh dri tmpt tinggal...hmmm

    ReplyDelete
  9. wahh.. terima kasih ats maklumat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IkLaN HaRi iNi