Photobucket width= Photobucket Photobucket photobucket



Friday, June 29, 2012

0
Komen
Anak bijak...kita mampu jadikan anak kita bijak...

Assalamualaikum..selamat pagi..yela dah kul 12.11pagi kan..MT x leh tido..so MT rasa nak tulis blog..fikir punya fikir, MT rasa nak tulis cara MT membentuk anak MT..banyak tips dan cara MT baca melalui internet dan buku..jadi MT pun apply teknik tersebut seawal usia anak anak MT...

Cara caranya..

1. ketika mengandung, amalkan bacaan al quran..kerana terdapat surah surah yg istimewa dan penting untuk bayi dalam kandungan

2. Mula membaca dan mengira..walaupun bayi masih dalam kandungan, bayi mampu mendengar apa yg dilakukan oleh ibunya..pada ketika ini, sentiasa baca al quran dan memasang bacaan al quran, membaca dan mengira..ini yg saya amalkan..

3. Ketika bayi telah dilahirkan, walaupun baru 5 bulan, kenalkan buku kepadanya..belikan buku yg mempunyai gambar yang besar dan menarik..alhamdullilah, safiya dan alya suka dengan buku..safiya setahun lebih dah boleh teka gambar gambar yg ditunjukkan..sekarang MT dalam proses nak mengajar membaca buku..yang ini MT belikan set " bacalah anakku". Set ni bagus...

4. Libatkan anak anak dalam apa jua yang kita lakukan. Ini adalah kerana di awal usia setahun, anak kita mula mengenal dunia dan sedang explore dunia sekeliling..dan mereka kenal dunia melalui ibubapa..


Ini safiya..MT terharu sebenarnya..memang MT belikan sejadah kecil dan letakkan disebelah MT setiap kali solat..dia tengok MT dan suami solat..dengan sendirinya dia ikut gerak geri kami..tetiba "ibu,kakak nak telekung" ..saya terkejut..esoknya saya terus cari telekung sembahyang untuk kanak kanak..dia suka..terus ambil sejadah n hamparkan dan terus sembhyang...:-)

5. Bagi peluang untuk anak anak lakukan sesuatu itu sendiri..contohnya makan dengan memegang sudu atau copstik sendiri, hamparkan toto bersama sama, dan ajak lipat kain bersama..dengan ini ia menggalakkan otak anak anak kita berfungsi x kira samada otak kiri atau kanan..

6. Belila permainan yg akan menggalakkan anak anak kita berfikir.. Contohnya MT belikan set lego untuk anakmanak MT. Sebab? lego menggalakkan anak anak kita berfikir secara kreatif, meningkatkan keyakinan diri.



Jadi, bagaimana cara anda mendidik anak anda? Jom kongsi dgn MT



posted from Bloggeroid


Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IkLaN HaRi iNi