Photobucket width= Photobucket Photobucket photobucket



Wednesday, December 12, 2012

4
Komen
Lampin Kain (Cloth Diaper @ CD) vs Lampin Pakai Buang (Disposable Diaper @ DD)


salah satu cara tradisi lampin kain dilipat
salah satu cara tradisi lampin kain dilipat
Dulu-dulu masa airis kecil, mama memang gunakan lampin kain atau zaman moden sekarang ni orang panggil cloth diapers (CD) untuk airis dan adik adik. Masa itu mama airis menggunakan lampin kain berwarna putih yang kita akan lipat dia jadi cam 3 segi untuk dipakaikan pada kami dengan menggunakan pin lampin. Memang kami adik beradik tak pernah pakai pampers atau DD macam anak anak airis sekarang ni...ye la..dulu airis susah..adik beradik pun ramai...
Cuma sekarang ni nampak macam lampin kain atau Cloth Diapers (CD) sedang digunakan semula..malah telah di upgradekan dia agar nampak lebih menarik dan nampak canggih gitu..so..airis terfikir apa pro n cons antara dua produk ni...
Tetiba airis terjumpa erjumpa dengan satu blog kepunyaan Ummu Zulfa. yang membuatkan terfikir nak try CDi. Ummu Zulfa @ Dr. Faridah merupakan seorang doktor pakar yang kini berkhidmat dengan HUKM banyak memberi inspirasi tentang peri-penting menggunakan CD dan airis begitu suka membaca tentang perjuangan beliau mempraktiskan pemberian susu ibu kepada anak-anaknya di sebalik kesibukan beliau sebagai seorang doktor pakar. Memang memberi inspirasi dan contoh untuk airis berbuat hal yang sama untuk anak-anak airis pula.
Kini, di Malaysia penggunaan CD sedikit demi sedikit telah mula menapak di hati ibu-ibu walaupun ia memakan masa. Namun trend pnggunaan CD semakin hari semakin meningkat. Pada mulanya airis berpandangan pemakaian CD ini sangat leceh, membazir masa, tidak praktikal, kotor, berbau busuk, tidak kemas dan smart..yela kita sibuk keje..balik keje nanti ambik anak dengan CD mereka yang "berbekal"..sikit memenatkan rasanya..Tambahan pula bila airis surf di internet, harga CD sememangnya mahal sekitar RM60-RM100 malah ada yang lebih mahal mengikut jenis CD. Lebih baik airis gunakan DD yang puratanya hanya menelan kos RM0.50-RM1.00 untuk setiap satunya, tambahan pula kini banyak jenama yang bagus dan daya serapannya begitu tinggi yang akan membuatkan bayi selesa, dan airis juga tidak perlu messy untuk menyelenggarakannya, hanya pakai dan buang. Cuma airis terfikir tentang kesan jangka panjang penggunaan DD jika airis memilih untuk menggunakannya untuk anak anak airis nanti..hehehe
Ok, jom kita compare pro dan kons CD dan DD:
contoh cloth diapers
contoh cloth diapers yang cantik dan menarik
contoh pocket diapers
contoh cloth diaper jenis POCKET yang memerlukan SOAKER/INSERT
Cloth diaper @ CD
Kebaikan
  • Lebih sihat untuk bayi (akan dibincangkan secara detail kemudian)
  • Lebih murah untuk jangka masa panjang (akan dibincangkan secara detail kemudian)
  • Toilet training untuk si kecil akan berlaku lebih awal
  • Terdapat jenis ONE SIZE yang boleh diubahsuai untuk saiz bayi yang baru lahir hingga ke umur 2 tahun (3kg-16kg berat bayi)
  • Penggunaan CD terutama jenis ALL IN ONE (AIO) adalah sama praktikal dengan DD
  • Boleh digunakan berkali-kali untuk beberapa orang anak
  • Boleh dicuci dengan mesin basuh dan boleh dikeringkan dengan dryer atau yang paling bagus di bawah sinar matahari
  • Mesra alam (biodegradable)- generasi 500 tahun akan datang akan menghargai dan mengenang jasa anda jika menggunakan CD hari ini.
  • Rekaan CD yang pelbagai yang praktikal dan cantik untuk si kecil
  • Boleh dijual semula dan harga jual semula bagi sesetengah jenis CD adalah tinggi (telah dipraktikkan di negara barat yang kini mengalami kemelesetan ekonomi)
Keburukan
  • Memerlukan penyelenggaraan yang konsisten dan rajin
  • Kos yang tinggi dipermulaan pembelian
  • Tidak se praktikal DD jika menggunakan CD kecuali jenis ALL IN ONE (AIO)  (jenis CD lain seperti POCKET atau FITTED memerlukan helaian kain lain sebagai INSERT, SOAKER, BOOSTER, LINER, COVER etc mengikut jenis CD)
  • Boleh rosak dan berbau jika di cuci dengan bleach, terlebih serbuk sabun basuh atau cara pengeringan yang tidak sempurna.
  • Tidak mudah didapati di mana-mana pasaraya kerana pasaran belum meluas
disposable diaper
disposable diaper
contoh disposable baby diaper
contoh disposable baby diaper dari bahagian dalam
Disposable Diaper @ DD
Kebaikan
  • Praktikal untuk ibu-bapa/carers kerana DD lebih mudah diguna dan diuruskan
  • Harga yang murah di pasaran (ada yang semurah RM0.30 sekeping jika kene pada waktu sale)
  • Penyerapan yang bagus dan jarang leaking jika menggunakan jenama yang baik
  • Senang di dapati di mana-mana sahaja even di kedai yang kecil di tengah padang pasir
Keburukan
  • Tidak sihat untuk bayi terutama jika ada masalah kulit yang sensitif
  • Pencemaran alam sekitar yang melampau jika semua manusia menggunakan DD secara berterusan
  • Kos yang tinggi untuk membeli DD untuk jangkamasa panjang
  • Saiz DD tidak boleh diubahsuai seperti CD jenis ALL SIZE
  • Tidak boleh dijual semula kerana setelah pakai ianya tiada nilai lagi
ermmm...erm...jom kita fikirkan semula yer....nak bagi baby pakai CD ker DD

Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

4 comments:

  1. Nak kena rajin pakai CD ni sebab kena basuh. Tapi kalau baby baru, payah jugak ibu lepas bersalin yang dalam pantang nak kena buat semua tu..

    ReplyDelete
  2. tul tu..pakai cd kena komited n disiplin..airis tak cuba lagi sbab anak anak airis dua dua kecik sangat..takut tak sempat airis nak membasuh..huhu tapi tu la..jimat... :)

    ReplyDelete
  3. Saya punplan nak pakai cd.....n bincang dgn husband..rajin dok basuh..dia cakap ok...hahahhaH

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IkLaN HaRi iNi