Photobucket width= Photobucket Photobucket photobucket



Friday, March 30, 2012

10
Komen
"Segmen:Bloglist April-Mei Bersama Jebat"

Pastinya ia mudah dan sempoi
Tiada Sayart Ketat Yang Dikenakan
ikut suka korang la nak follow ke nak tag pada kawan kawan ke
mana manalah ..

Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

Wednesday, March 28, 2012

0
Komen
AL FATIHAH KEPADA RARA ZIKRI...



AL-FATIHAH..
Sejujurnya, Mak Temah pernah baca tentang rara zikri ni..cantik orangnya..dan mak temah sedih bila baca penderitaannya..sambil terdetik dalam hati..sesungguhnya jika Allah hendak menarik sesuatu yang diberikan oleh NYA kepada kita dengan sekelip mata ia akan berlaku..Qun Fayya Qun..
Tak tahu pulak rara dah meninggal..mungkin kerana mak temah sibuk bekerja..tapi tadi terbaca satu blog ada link tentang rara meninggal dunia..

mak temah terus google.... :(

Nama sebenar beliau-  Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri 
lahir- 4 october 1988
student lim kok wing- interior design
Beliau bukanlah seorang artis atau celebriti, orang biasa sama cam kita..cuma mempunyai kelebihan yg di anugerahkan Allah- rupa yg cantik… lelaki yg terpandangnya pasti terpikat….cair beb…kehidupannya sama mcm remaja2 lain..suka bersosial, enjoy dengan kawan2….berposing bak model.. dan akitiviti biasa seorang remaja…kalau tengok gambar2 dia, nmpak di senangi rakan2…namun kisah sedihnya bermula apabila…

Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

0
Komen
Imbasan Bintang Popular 2000-2010..2011 milik siapa?

asalamualaikum..tak lama lagi akan diadakan Anugerah Bintang Popular 25
Macam biasa pasti artis kita melaram penuh gaya pada malam tu nanti..

ok apa kata kita imbas muka muka pemenang anugerah bintang popular 2000-2010


BINTANG POPULAR 2010

BINTANG POPULAR 2009

Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

0
Komen
Kanak kanak dan perempuan umur 9-22 adalah paling ramai hilang pada 2011


Kanak-kanak dan perempuan berusia sembilan hingga 22 tahun adalah paling ramai dilaporkan hilang oleh ibu bapa atau penjaga mereka sepanjang tahun lalu, membabitkan 726 daripada 1,097 orang.

Statistik Bukit Aman menunjukkan setakat ini, 406 daripada mereka termasuk 273 perempuan sudah ditemui semula, manakala 691 lagi termasuk 453 kanak-kanak dan remaja perempuan masih belum ditemui dan usaha mengesan mereka masih dijalankan.


Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

0
Komen
Gaji Baru SSM 2012 DAN TUNGGAKAN 3 BULAN AKAN DIBAYAR APRIL INI

Terbaru dan sedang hangat diperkatakan..gaji baru SSM 2012
dan tunggakan 3 bulan akan dibayar mulai april ini. Andai betul desas desus ini..wow!!! I like...

pembayaran itu akan dibuat setelah sistem SBPA telah dimansuhkan dan SSM 2012 digunakan semula dengan kenaikan sebanyak 13%..(tengah duk kira dengan jari berapa gaji baru mak temah lepas ni...hehehe)

selain darpada itu, pihak cuepacs mendesak agar pekeliling mengenaik gaji baru SSM2012 dikeluarkan sebelum 31mac ini bagi membolehkan bahagian kewangan di setiap jabatan dapat membuat gaji baru kepada kakitangannya.


pendapatan kakitangan awam dikira berdasarkan 3 perkara:
1. jadual gaji matriks
2. jadual gaji minimum-maksimum

3.kadar kenaikan gaji tahunan berdasarkan gred pangkat
Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

Tuesday, March 27, 2012

0
Komen
Ayah Pin muncul kembali..tapi dalam keadaan lumpuh dan mulut herot..


asalamualaikum..pagi tadi tengok berita terkejut ada berita tentang ayah pin..

rasanya dah lama sangat sunyi tentang pengasas kerajaan langit ni..

puas dicari..tak jumpa..yela mengajar ajaran sesat..memesongkan akidah orang islam..

tetiba muncul dalam keadaan lumpuh,mulut senget..

Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

Monday, March 26, 2012

1
Komen
Lagi kes reka cerita diculik..siap tipu pihak berkuasa thai lagi..


  Hari tu fatihah..kali ni adik nazatul fardiana pulak..apa nak jadi ni..jangan sampai abang abang polis dah malas nak buat keje kerana adik adik kita suka main main..

adik adik kat luar sana..jangan mainkan perkara yang serius..perkara kita fikir kecil, remeh sebenarnya adalah masalah besar dan menyusahkan ramai pihak..keluarga juga yg malu

adik nana dari shah alam pada mulanya mengaku di culik untuk sendikit pelacuran disana..heboh dlm berita dan surat khabar..mak bapak kat luar sana jadi runsing dengan anak dara diorang takut kena culik juga..

Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

1
Komen
Rumah Mawi kena Pecah?Kecut perut Mak Temah Tau


Mak Temah kecut perut dan terkejut bila dengar berita tadi kata rumah mawi kena pecah..

pelik juga..rumah besar..duit banyak..kenapa rumah tak ada penggera dan tingkap tak ada grill?

takkan memadai jaga sorang jer..

paling kurang kena ada cctv..semua pintu dan tingkap kena ada grill yg tebal..kalau ikut berita tadi rumah banglo mewah mawi tu dah dipecah masuk awal pagi..

mawi,ekin,mak mertua dia n baby selamat

anggaran kerugian adalam RM10K..semuanya keje 4 orang indon...

zaman sekarang memang kena beringat..zaman teknologi..cangih

jadi kita pun kena fikir secanggih pencuri pencuri ni..

jenayah semakin menjadi jadi..

abang abang polis..please fikirkan sesuatu..

Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

Sunday, March 25, 2012

0
Komen
MENTOR 6. ....anas juara? just wait n see



Malam ni mak temah tengok mentor sorang diri bertemankan anak anak yang tengah asyik terbuai dalam mimpi...

hubby mak temah?

hehehe dia gi gym...nak kurus

hahaha mana taknyer...safiya yg setahun tu boleh jer dengan selumber badak jer panggil "abi muk.."

hahaha opss mak temah tak ajar safiya yer..dia mmg dah pandai cakap

dannnnn

budak tak reti menipu..kan..kan...hahahaha sorry syg..

berbalik kepada mentor...

mak temah terkejut gak dgn gugurnya wani..dan dalam tu sedih jer tgk betapa dia nak jugak masuk mentor..dia nak buktikan pada family n kawan kawan yg dia boleh buat..


apa apapun wani..anda masih muda keep your body fit n get well k..

yang menggantikan wani adalah tisha dari kelantan

3 hari untuk buat persembahan..n not bad..

secara keseluruhannya pilihan mak temah.....

of couse la ANAS...



simple..slumber n berbakat..

minggu depan nak tgk mentor adam yg dikatakan terorr menari..

apa komen anda?

Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

Friday, March 23, 2012

0
Komen
WHI "Gajet mendinginkan komunikasi"..ada betulnya..

s
Asalamualaikum semua..hari ni mat temah cuti..tapi penatnya mengalahkan hari keje.

biasanay hari cutinilah mak temah buat workalthon...itu istilah mak temah sendiri yer..

workalthon makntemah bermula lepas subuh...tak habis lagi ni..ni tengah rehat jap sbb anak mak temah yg sulung baru tidur setelah berpeluh dia mem kbuat mak temah terpaksa jogaton...and si adiknya pulak..hubby mak temah dah bawa keluar jalan jalan..nnn mak temah pun apa lagi terus ambik galaxy tab mak temah terus tulis blog..hehehe semangat blogathon...

tadi sambil melipat kain yang bertimbun setinggi gunung everest tu..mak temah bukak tv3..apalagi tgk rancangan wanita hari ini..selalunya lepas siap masak mak temah akan tercongok depan tv tunggu rancangan ni..sbb hari jumaat biasanya topik rumahtangga,perkahwinan dan keluarga..tambah ilmu katakan..

antara topik yg sempat mak temah ikuti adalah "berkahwin tp tidur x sebantal", "menantu hantu" dan banyak lagi..

tapi topik minggu ni adalah "gajet mendinginkan hubungan komunikasi"

bagi mak temah topik yg sgt menarik

para jemputan adalah prof izzi hj ali dan pasangan suami isteri pelakon zed zaidi.

ini realiti..suami bertwitter,isteri berfacebook..komunikasi menjadi dingin..betul jugak..waktu makan,tengah best makan,yg suami bertwitter..lepas tu..si isteri lak duk bermssage..lepas tu masing masing duk menunggu feedback msg..

macam mat temah lah..mula mula kawin dulu,mak temah tak tahu nak sembang ngan siapa kalau di rumah mertua..masing masing dengan laptop masing masing..mak temah tak tahu nak sembang macamana..hehehe

tapi sekarang dah ok dah..

dalam rancangan tu prof izi ada cakap..masa dia gi restoran..nampak 4 beranak..diam jer sambil makan
tak de la cam kita ni duk hu ha hu ha sambil makan..
masing masing senyap..

rupanya..emak duk sibuk ngan handphone..ayah ngan iphone..anak anak ngan ipad..

cuba tengok sekeliling..macamana?

rumah mak temah sendiri pun..kalau tgk adik adik mak temah lebih banyak ngan gajet berbanding bercakap ngan bonda mak temah...seian dia..

cuma apa yg perlu diingat jgn biarkan gajet membuatkan kita membesar tanpa menyedari keadaan sekeliling..contohnya..ralit sangat dengan internet dan gajet..kucing tu sampai dah ada janggut..hahaha


Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

Thursday, March 22, 2012

0
Komen
Graduan UPSI tetap menganggur walaupun ia laksana kilang guru..apa dah jadi?


Asalamualaikum semua..sebelum amk temah teruskan tulisan pasal tajuk kat atas ni..mak temah minta maaf kalau ada yang terasa yer..terutama graduan UPSI sendiri..sebab mak temah ada pandangan dan pendapat sendiri..

Universiti Perguruan Sultan Idris adalah satu universiti yang bagi mak temah high class..

sebab ia laksana kilang yng membekalkan keperluan tenaga perguruan kepada negara kita..

sama gak dengan Maktab Perguruan..

jadi kilang untuk mengeluarkan tenaga perguruan..

tapi kenapa timbul isu mereka tidak diposting??

adakah kerana sudah cukup bekalan tenaga anak muda untuk menjadi guru?

kalau cukup..kenapa dibuka permohonan jurusan pendidikan..

cuba anda semua bayangkan..dah ada UPSI..Maktab...KPLI..DPLI..even universiti biasa cam UPM,UKM,UM dan lain lain juga ada jurusan pendidikan..

tambah pula guru GSTT yang diserapkan menjadi guru..

so?

ada komen?

bagi mak temah..kerajaan terutamanya kementerian pengajian tinggi dan JPA perlu berbincang .

buka jurusan pendidikan dengan kuota yang betul2 diperlukan..

utk GSTT..mak temah rasa baik utamakan student UPSI..

kerana mereka keluar sepatutnya terus menjadi guru..bukan jurujual atau berniaga..nak minta jd dokotr , engineer mmg tak leh la..

kesian kan..

isu ini perlu diketengahkan yer..






Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

0
Komen
huhu hari ni kaya..esok dah kayap...waaaaa...


Waaahhh..dah gaji ea..bestkan dah gaji..tapi mak temah memang suka bila dapat gaji..

yang tak bestnya..hari ni kaya..esok terus kayap...huhu

mau nya idak..dah dapat gaji mulalah bayar hutang kereta,hutang rumah,duit ngasuh anak..n selebihnya standby untuk kegunaan selama sebulan..

tu yg harini kaya esok kayap..

biasalah,hutang banyak..zaman sekarang zaman orang berhutang..tipulah kalau kata tak ada hutang..jutawan jer yang tak berhutang...

muda muda dah buat hutang masa sambung belajar..hutang PTPTN..
dah keje terpaksa buat hutang kereta..sbb nak gi keje..
dah ada anak pinak kena la ada rumah..buat hutang rumah..
dah laki keje..mak temah pun keje..kena upah mengasuh anak..

rutin..rutin..

tapi buat simpanan tak?

ha..yang ni mak temah nak pesan..walaupun kita berhutang..diri sendiri tetap kena bayr..diri kena bayar?camner tu..tak faham..

maknanya kena ada saving la kak oi..

buat cam mak temah..kalau malas simpan bank sbb takut tangan rajin nak menjolok kad ATM, main kutu ngan member..sah sah duit x leh ambik selagi x sampai turn kan?

ambik no last sekali..baru sama cam menyimpan..cuma bezanya duit main kutu,orang pegang..simpan bank..bank la simpan..siapa lagi..hehehe jgn marah..

apa2pun,kita kena bijak berbelanja..demi masa depan..
semoga Allah memurahkan rezeki kita semua..amin

Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

1
Komen
Result SPM dah pun keluar..kenapa sedih2?kenapa perlu upset?


ok..ok..mat temah faham..sekarang ni tengah hot untuk ibu2 diluar sana menjawab telefon..yela sbb kengkawan,sedara mara..mesti nak tanya sanak sedara dia camner result?iyer tak? macam pagi tadi..mak temah n beberapa staff kena mesyuarat kat kota bharu....dari tempat keje samapai kota baru...bonda angkat mak temah ni berbuih buih bercakap..duk jawab tepon pasal result anak dia..dia cam kecewa sikit la..

kenapa?

sebab dia target anak dia dapat banyak A...

tapi dapat berapa?

3A...and the rest x perlu lah mak temah tulis sebab yang orang nak tahu...dont forget to be urself..

mak temah hanya mengomel...

temah..anak ko dapat berapa A?

hehe anak mak temah baru setahun lebih yang...

orang nak tahu A jer..

dan anak dia juga cam kecewa bila ibu,ayah,adik,abang juga macam kecewa..

bagi mak temah..keputusan dah keluar..tak perlu melemahkan semangat mereka yang dapat result yg suam suam kuku tak se hot cam si amalina tu..

bagi semangat untuk mereka teruskan hidup..

sebab bagi mak temah..SPM adalah permulaan penentuan hidup..

esok katanya dah boleh isi borang maktab..siapa yg layak,boleh isi..masuk maktab bagus..keluar je dah ada keje menunggu..

siapa layak masuk u..belajar bersungguh sungguh

jangan bila dah dapat masuk u..enjoy..main main..berboipren sana..bergirlpren sini..

kena ingat matlamat..

dah tiba masanya untuk tentukan matlamat anda..
kenapa?

kerana hanya diri kita mampu untuk mencapai matlamat kita..bukan orang lain..

Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

Wednesday, March 21, 2012

1
Komen
kontroversi rancangan Jalan jalan cari makan..


Eh mana Qi yang kuat makan tu?..uitss kenapa orang lain dlm rancangan ni..ala tak best la..pendapat mak temah..Qi,kak maria tengku sabri n serina is the best pengacara untuk rancangan jalan jalan cari makan...

sebab?

perlu ke mak temah cakap kat sini?

sendiri mau ingatla..nama pun rancangan makan makan..jadi pengacaranya kena la tunjukkan betapa sedapnya makanan tu..promote..kalau nampak cam kontrol..baik tak payah..mak temah tengok cam plastik jer air muka pengacaranya..sorry to say la..tp mak temah penonton..pihak TV3 kena ambil tahu pendapat penonton supaya ranking mencanak cam gunung everest..

kesian kat Qi tu..dah la orang tuduh dia tak berdisiplin la..kena buang la..pasal yuna la..tak adil tau..

mak temah suka this couple ok..

kepada dua dua pengacara..cuba tingkatkan pengacaraan anda..tunjuk makan bersungguh sungguh..kena berselera..kalau nak makan pun malu, nak control cun n takut gemuk, baik awal awal lagi tolak tawaran tu...tul tak..sape setuju ngan pendapat mak temah? angkat kaki please..hehehe..

teguran demi masa depan bidang hiburan kita

tak salah kan..kan..kan..

Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

0
Komen
Hari Keluar Result SPM 2011....amacam?ok ker


Dag..dig..dug...

dag..dig..dug..

didalam dada..

jantung berdebar..

hati terasa..amboi..

menyanyi pulak mak temah ni..bukan apa..mak temah teringat masa mak temah nak ambik result SPM dulu..
kalau result cantik dengan deretan A panjang macam ketapi..ok la..tak kurang juga yg dpt result kurang baik..monyok jer..
mak temah tahu..macamana berdebarnya..tidur tak lena..makan tak lalu..mandi basah jer sebab jirusnair..hehehe


Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

0
Komen
Hari ni keluar Result SPM 2011....amacam?ok ker




Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

0
Komen
Adik Nur Fatiha sebenarnya bukan diculik..tapi lari ikut bf..


Apa yang mampu keluar dari mulut mak temah adalah ASTAQQFIRULLA ALHAZIMMMMM...

kenapalah adik adik kita mudah mengikut kata hati...larikan diri..bukan menyelesaikan masalah...sebaliknya menambahkan masalah bila jadi kes polis..siap masuk berita TV3 pulak tu..gempar dengan tajuk lagi remaja diculik...

anak anak dan adik adik.. fikirlah secara matang..jgn terlalu ikut perasaan..andai terasa dgn mak ayah..kena sabar..kena terima..sbb ibubapa sentiasa mahukan yg terbaik untuk kita...
jangan la mudah ikut emosi..mak temah faham..mak temah dulupun muda juga..ada boiprenn juga..pernah juga family mak temah x suka..tapi mak temah ikut kata parent mak temah...kerana cerah masa depan kita klu kita taat pada kedua orang tua

mak temah x nak bebel panjang panjang..anak mak temah dua dua pompuan..runsing betul la mak temah..ada orang cakap baik jaga sekandang lembu dari jaga anak dara seorang...apa apapun fikirlah dengan bijak sebelum bertindak...cau..cin..cau


Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

Tuesday, March 20, 2012

0
Komen
SamSunG GaLaXy TaB BuaH HaTikU...



Tak tidur lagi?hehehe dah ada buah hati baru..nak tidur pun rasa sayang hehehe

anak anak dah tidur..suami pun dah tidur...mak temah gak yang tak tidur..duk godek golek si samsung ni ha..

sebenarnya mak temah dapat free galaxy tab ni..hehehe timee kacihh kepada penaja yang sudi menaja..dan terima kasih jugak kepada insan insan yg berusaha mencari penaja...danken schoonn...

bendaAllah ni mudah jer nak bawa kemana mana sebab kecil jer tak adalah sebesar laptop..leh masuk dlm poket..kalau cam mak temah ni ha..masuk dalam handbeg kulit buaya tu la...oklah nak tidur dulu..esok pagi-pagi Mak temah nak kena siapkan bebudak dua orang tu...mata nak terpejam dah ni..nak pejam...pejam..pejam..zzzzzzzzzzzzzzz

Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

0
Komen
HoBby BaRu SaYa....BLOGGING!!!



Assalamualaikum..selamat malam...hehe formal la pulak..sebenarnya saya baru jer aktif berblogging ni..sejak bila?ntahla..maybe sejak suka baca blog blog orang lain..why not buat blog sendiri..sebenanrnya dengan menulis ia boleh menjadi terapi untuk release tension..sebab? dengan cara meluahkan sesuatu tak kira dengan melalui kata kata atau menulis,kita dapat release apa yang terbuku dalam hati..blog saya yang lain boleh tengok kat cecitersikit.tumblr.com

Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IkLaN HaRi iNi