AL-FATIHAH..
Sejujurnya, Mak Temah pernah baca tentang rara zikri ni..cantik orangnya..dan mak temah sedih bila baca penderitaannya..sambil terdetik dalam hati..sesungguhnya jika Allah hendak menarik sesuatu yang diberikan oleh NYA kepada kita dengan sekelip mata ia akan berlaku..Qun Fayya Qun..
Tak tahu pulak rara dah meninggal..mungkin kerana mak temah sibuk bekerja..tapi tadi terbaca satu blog ada link tentang rara meninggal dunia..
mak temah terus google.... :(
Nama sebenar beliau- Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri
lahir- 4 october 1988
student lim kok wing- interior design
Beliau bukanlah seorang artis atau celebriti, orang biasa sama cam kita..cuma mempunyai kelebihan yg di anugerahkan Allah- rupa yg cantik… lelaki yg terpandangnya pasti terpikat….cair beb…kehidupannya sama mcm remaja2 lain..suka bersosial, enjoy dengan kawan2….berposing bak model.. dan akitiviti biasa seorang remaja…kalau tengok gambar2 dia, nmpak di senangi rakan2…namun kisah sedihnya bermula apabila…
Pada 19 Mac 2010, Rara Zikry mengalami serangan asma ketika berjongging bersama rakan-rakan. Kemudian beliau dihantar ke Subang Jaya Medical Centre dan dimasukkan ke ICU dalam keadaan koma. Namun yg menyedihkan, bila tersedar dari koma, Rara x mampu bercakap dan mengalami beberapa komplikasi lain.Tak berapa lama selepas itu, beliau telah dipindahkan ke Hospital University untuk further treatment dan doktor diagnose Rara telah mengalami Hypoxic Ischemic Encephalopathy (brain damage)…
ini adalah gambar allahyarham ketika sihat sebelum di serang asma
cantikan?
Mak temah ada terbaca tulisan salah seorang kawan allayarham..dia ada masa kejadian rara diserang asma sehingga rara dibawa ke hospital..sedih cerita member dia tu..dia nampak air mata rara mengalir walaupun rara tidak bergerak..
namun tuhan lebih menyayanginya..akhirnya Rara Zikry menghembuskan nafas terakhir hari ini meninggalkan kita untuk selamanya…berikut pengesahan dari keluarganya…
kepada keluarga allahyarham rara..maaf sekiranya artikel ini menyinggung perasaan.. mak temah sekadar ingin berkongsi cerita.
al fatihah kepada allahyarham rara..semoga rara ditempatkan dalam golongan orang yang beriman..amin..
No comments:
Post a Comment