Photobucket width= Photobucket Photobucket photobucket



Wednesday, August 29, 2012

0
Komen
Samsung Membayar Saman Apple USD1 Billion Pakai Syiling 5 Sen Sebanyak 30 Trak..hehe cayalah..


Pagi tadi (29/8/12) lebih daripada 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen tiba di ibu pejabat Apple di California. Pada mulanya, pengawal keselamatan menyangka yang trak tersebut telah meletakkan kenderaannya di tempat yang salah, tetapi beberapa minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Ketua Pegawai Eksekutif Samsung dan menjelaskan bahawa mereka akan membayar $ 1000000000 dolar untuk denda baru-baru ini dengan yang diutuskan terhadap syarikat Korea Selatan dengan cara ini.

Apa yang lucunya adalah dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar kepada iPhone sedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik.


Lee Kun-Hee berkata, ia adalah taktik kotor, menyebabkan pihak Apple sakit kepala kerana mereka perlu mengira semua wang itu, dan memeriksa jika ia adalah lengkap dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung.

Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung Electronics, memberitahu media bahawa, syarikat itu tidak akan takut oleh sekumpulan “geeks with style” dan bahawa jika mereka mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.

Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin sedikit untuk hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan memenuhi undang-undang.

Sejumlah 20000000000 syiling, telah disampaikan dan berharap untuk menamatkan persengketaan pada minggu ini.

Mari kita tunggu apa pula respon syarikat Apple terhadap perkara ni.. :)

psst::hehehe MT tak tahulah bila diorang akan habis kira dan cek duit tu satu satu..langkah bijak dari samsung..mungkin sbb geram kot..hehehe

Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

Sunday, July 1, 2012

0
Komen
Bayi 3 Bbulan di dera pengasuh...Ya Allah..tetiba teringat kat anak yg ditinggalkan bersama pengasuh..




hari tu terbaca dan tengok video yang anak anak di balut kemas dengan kain dan di salotap kan puting ..yang tu pun dah sedih tengok..inikan pulak yang patah kaki tangan..kenapa dah takada hati dan perasaan..kalau tak nak mengasuh sbb serabut bila bayi menangis..jangan jadi pengasuh..kesian baby tu..dah la kecik..sakit tak tahu nak mengadu macamana..nangis jer yang mampu..

aduhh ni yang nak kena gi tengok selalu anak kat mengasuh ni...pening kepala jadinya..kalau tak hantar kat pengasuh..susah pulak..sape nak jaga..anak anak kecik..kita pulak keje..suami pun keje..nak letak kat mama atau umi..tak tergamak lak..adui..kalau perkara begini terjadi kepada anak anak MT..MT saman pengasuh tu..kite jentik pun tak pernah..dia suka hati tak bertanggungjawab nak buat anak kita camtu...

eeeeeeeeeeeeee
gerammnyerrrrrrrrrrrrrr

jom kita baca kisah adik ni..


"PASIR GUDANG: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Taman Bukit Dahlia di sini, Jumaat lalu.

Kecederaan mangsa, Muhammad Zafran Anaqi Muhammad Razali atau Zafran dikesan bapanya, Muhammad Razali Hamzah, 32, ketika membawanya keluar dari rumah pengasuh yang juga jirannya kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Muhammad Razali yang juga warden Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Johor Bahru berkata, dia bersama isteri, Salmah Aya, 31, seorang guru, pada mulanya cuba memujuk Zafran selepas bayinya itu tidak berhenti menangis selama hampir sejam."


Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

Saturday, June 30, 2012

2
Komen
Sape kata x leh berblog guna galaxy tab? Boleh la..gunalah bloggeroid, mudah dan cepat...

Assalamualaikum..sebelum ni MT ada tulis cara nak berblog guna galaxy tab dengan cara biasa..yela,buka blogger.com,lepas tulis blog mcm biasa..cuma klu dengan cara tu, susah nak upload gambar banyak2 dan nak arrange gambar tu..

Jadi, MT pun cari lah dekat internet cara yg terbaik dan paling mudah nak tulis blog guna galaxy tab..yelah..kalau dah tahu cara..best,boleh tulis blog bila2 masa,x yah susah susah nak buka laptop..guna galaxy tab ni je..MT sekarang ni pun tengah tulis blog guna galaxy tab ni la...owesome sungguh..two tumbs up...

Caranya..

1. Kat galaxy tab tu gi kat icon market atau kalau yg dah ada app click kat situ..lepas tu cari free application untuk di download..tengok ada tak bloogeroid..kalau ada click install, kalau x ada, taip kat search "bloogeroid".


Dia akan keluar gambar cam kat atas ni..lepas tu click install




Lepas click install, dia akan keluar screen cam gambar kat atas ni pulak..click save and install




Lepas install, automatik ada icon bloggeroid kat screen kita..ala yg gambar robot hijau tu..kalau nak tulis blog, click kat situ





So sekarang leh tulis blog..kalau nak insert gambar, click kat menu sebelah kiri bawah kat galaxy tab..click "image"





Mudahkan..so selamat mencuba...kalau ada sape sape yang ada info lain mengenai galaxy tab contohnya applikasinyer ke..cara nak guna ker..leh kongsi ngan MT kat sini...

posted from Bloggeroid


Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

Friday, June 29, 2012

0
Komen
Anak bijak...kita mampu jadikan anak kita bijak...

Assalamualaikum..selamat pagi..yela dah kul 12.11pagi kan..MT x leh tido..so MT rasa nak tulis blog..fikir punya fikir, MT rasa nak tulis cara MT membentuk anak MT..banyak tips dan cara MT baca melalui internet dan buku..jadi MT pun apply teknik tersebut seawal usia anak anak MT...

Cara caranya..

1. ketika mengandung, amalkan bacaan al quran..kerana terdapat surah surah yg istimewa dan penting untuk bayi dalam kandungan

2. Mula membaca dan mengira..walaupun bayi masih dalam kandungan, bayi mampu mendengar apa yg dilakukan oleh ibunya..pada ketika ini, sentiasa baca al quran dan memasang bacaan al quran, membaca dan mengira..ini yg saya amalkan..

3. Ketika bayi telah dilahirkan, walaupun baru 5 bulan, kenalkan buku kepadanya..belikan buku yg mempunyai gambar yang besar dan menarik..alhamdullilah, safiya dan alya suka dengan buku..safiya setahun lebih dah boleh teka gambar gambar yg ditunjukkan..sekarang MT dalam proses nak mengajar membaca buku..yang ini MT belikan set " bacalah anakku". Set ni bagus...

4. Libatkan anak anak dalam apa jua yang kita lakukan. Ini adalah kerana di awal usia setahun, anak kita mula mengenal dunia dan sedang explore dunia sekeliling..dan mereka kenal dunia melalui ibubapa..


Ini safiya..MT terharu sebenarnya..memang MT belikan sejadah kecil dan letakkan disebelah MT setiap kali solat..dia tengok MT dan suami solat..dengan sendirinya dia ikut gerak geri kami..tetiba "ibu,kakak nak telekung" ..saya terkejut..esoknya saya terus cari telekung sembahyang untuk kanak kanak..dia suka..terus ambil sejadah n hamparkan dan terus sembhyang...:-)

5. Bagi peluang untuk anak anak lakukan sesuatu itu sendiri..contohnya makan dengan memegang sudu atau copstik sendiri, hamparkan toto bersama sama, dan ajak lipat kain bersama..dengan ini ia menggalakkan otak anak anak kita berfungsi x kira samada otak kiri atau kanan..

6. Belila permainan yg akan menggalakkan anak anak kita berfikir.. Contohnya MT belikan set lego untuk anakmanak MT. Sebab? lego menggalakkan anak anak kita berfikir secara kreatif, meningkatkan keyakinan diri.



Jadi, bagaimana cara anda mendidik anak anda? Jom kongsi dgn MT



posted from Bloggeroid


Sharing is caring ^_^ Airis Luv Uolls

Wednesday, June 27, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IkLaN HaRi iNi